Tahun 2010 & 2011 adalah detik kegemilangan Sebastian Vettel & team Redbull Renault yang telah dinobatkan selaku juara. Ia merupakan satu pencapaian yang memberansangkan Vettel yang masih muda telah bergelar juara dunia F1 dua tahun berturut-turut. Tahniah Vettel!!!
6 Juara Dunia F1 |
Perlumbaan tahun 2012 juga merupakan perlumbaan yang paling sengit setakat ini. Tiada satu pasukan pun yang boleh dianggap favourite kerana sehingga 6 perlumbaan setakat ini, sudah ada 6 orang pemenang. Bermakna pemenangnya adalah pemandu yang berbeza. Di mulai Button (GP Australia), Alonso (GP Malaysia), Rosberg (GP China), Vettel (GP Bahrain), Maldonado (GP Spain) dan terkini dimenangi oleh Webber (GP Monaco). Oleh itu boleh dikatakan saingan tahun ini agak menarik kerana setiap perlumbaan ada sahaja kejutan dan sukar membuat andaian siapa yang akan menang.
Nantikan perlumbaan seterusnya di GP Canada awal Jun depan. Diharapkan pelumba lain yang akan memenangi perlumbaan agar persaingan bertambah sengit.
No comments:
Post a Comment