Wednesday, July 21, 2010

F1 2010 Half Season Review

Begitu pantas masa berlalu, begitu banyak perkara yang berlaku, begitu banyak benda yang dilakukan, sehingga tidak berkesempatan untuk kemaskini blog ni.

Seperti biasa blog ini berkisar tentang rencah perlumbaan kereta berteknologi terhebat dunia, F1. Namun untuk musim 2010, sedikit kesuraman dirasakan dengan ketiadaan WDC2007, 'Iceman' Kimi Raikkonen, very cool, fast and less political driver.

Season 2010, setakat 10 perlumbaan sehingga kini, persaingan masih terbuka antara L Hamilton, J Button, M Webber dan S Vettel. Untuk F Alonso dan lain-lain pelumba, peluang masih ada tetapi mungkin sukar kerana jarak mata semakin jauh. Kereta Ferrari macam tahun lepas, tak selaju McLaren dan RedBull.

Legend F1 yang keluar dari persaraan, M Schumacher juga tidak banyak memberi kesan kepada prestasi Mercedes GP, malah tahun ni dilihat nak naik podium pun sukar, apalagi untuk memenangi perlumbaan. Tapi ini sekadar half season review. Masih ada 9 perlumbaan untuk tahun ni. Apa saja boleh berlaku dalam F1. Tunggu dan lihat.